Tuesday, 16 October 2012

Demi Rindu Bab 1



Kini aku kembali ke Malaysia selepas hampir lima tahun membawa diri ke UK sambil menyambung pengajianku. Jika dulu aku sendirian ke sana, namun kepulangan kali ini berdua. Ya, berdua dengan anak gadis, Atiya Zahra yang kini berusia hampir  empat tahun. Sudah lama  tidak menjejak kaki bumi Malaysia. Dan sudah beberapa kali  menyambut aidilfitri di perantauan. Sedih tak payah cakaplah. Beraya jauh dari keluarga tercinta.
Namun kepulangan ini dengan tekad. Tidak ingin lagi berjauhan dengan ibu dan abah. Cukuplah rajukku yang panjang dulu sehingga membawa diri ke bumi Inggeris itu. Penat sudah ibu memujuk supaya kembali ke tanah air, namun tidak dihiraukan. Selepas tamat Master, aku terus mencari pekerjaan di sana. Kini sudah berhenti. Walaupun Mr Edmund sukar melepaskan tapi dia terpaksa akur dengan permintaanku.

“Ladies and gentlemen, welcome to Kuala Lumpur International Aiport. Local time is 3.00pm and the temperature is 32 Degree Celcius.
For your safety and comfort, we ask that you please remain seated with your seat belt fastened until the Captain turns off the Fasten Seat Belt sign. This will indicate that we have parked at the gate and that it is safe for you to move about.
Please check around your seat for any personal belongings you may have brought onboard with you and please use caution when opening the overhead bins, as heavy articles may have shifted around during the flight.
If you require deplaning assistance, please remain in your seat until all other passengers have deplaned. One of our crew members will then be pleased to assist you.
We remind you to please wait until inside the terminal to use any electronic devices (
On behalf of Malaysia Airlines and the entire crew, I’d like to thank you for joining us on this trip and we are looking forward to seeing you on board again in the near future. Have a nice day”

Pengumuman dari kapten pesawat MAS menambahkan debar dalam diri ini. Akhirnya sampai jua ke tanahair tercinta selepas hampir 8 jam berada dalam pesawat dari London-Heathtrow   ke KLIA.
“Mommy! Are we there yet?” lamunannya terhenti tatkala mendengar pertanyaan anak comel itu.
“Yes my dear, we are going to meet your atuk and nenek” balasnya mesra. Anaknya hanya memahami beberapa patah perkataan melayu. Bukan dia tidak pernah mengajar anaknya berbahasa melayu. Namun disebabkan dia banyak bercampur dengan kanak- kanak lain, yang semuanya berbahasa inggeris ketika bertutur di tadika, maka Atiya tidak mahu berbahasa Melayu. Menurutnya kalau speaking, dia boleh bersembang dengan ramai orang dan dapat ramai kawan. Kalau cakap Melayu, hanya boleh dengan Mommy sahaja. Orang lain tak faham.
“Please pack your thing.  We are going to touch down soon dear.” Atiya cukup teruja walaupun mereka mengambil penerbangan lewat malam iaitu pukul 12.00 am. dia hanya tidur sekejap ja. Yang selebihnya asyik bertanya macam-macam. Pening aku nak melayan kerenah anak tunggalnya ini. Maklumlah tak pernah jejak kaki ke Malaysia. Lahir dan membesar di perantauan. Penat juga nak bercerita dengan budak yang banyak cakap macam dia ni. Nak buat macam mana, dah mengikut sifat peramah mommynyakan.
Hati dan perasaan semakin berdebar-debar. Aku akan memijak bumi Malaysia semula. Terasa nak pitam pun ada. Pelik betul perasaan ini.  Harap abah dah sampai airport untuk menjemput kami berdua. Tak sabar nak balik rumah. Nak makan macam-macam makanan kegemaran yang sudah lama tidak dinikmati. Teringat masakan Mak Chah, pembantu rumah merangkap pengasuhku. Memang marvellous. Terliur dibuatnya.
Akhirnya kapal terbang mendarat juga di bumi Malaysia. Aku  melangkah laju sambil memimpin Atiya untuk mengambil bagasi. Troli yang membawa 4 buah beg besar itu ditolak ke balai ketibaan. Mata asyik meninjau kehadiran Abah dan Ibu. Di saat itu ternampak ahli keluarganya melambai-lambai tangan ke arahnya. Atiya sudah berlari menuju ke atuknya. Mujurlah dia masih ingat rupa atuk & neneknya walaupun hampir setahun tidak menemui mereka. Tapi apa nak dikisahkan sangat. Boleh dikatakan setiap minggu dia berskype dengan atuk dan neneknya.
Atuk!!! Nenek!!! Miss you so much. Jerit Atiya nyaring sambil memeluk atuk. Siap peluk cium lagi kedua-dua atuk dan nenek. Terlalu merindui mereka.


****

“Kau perempuan mandul. Tak layak menjadi menantu aku. Aku tahu kau pikat anak aku cuma nakkan harta dia kan.” Tuduh ibu mertuaku.
“Aariz, kau kena ceraikan dia. Dia tak boleh bagi zuriat untuk kau. Mama tak sanggup nak jadikan dia menantu.” Keras suara Datin Farizah
Entah macam mana Aariz boleh menurut kata-kata mamanya,. Langsung tak nak pandang aku yang sedang teresak-esak mengalirkan air mata.
“Aku nak kau keluar dari rumah aku. Aku tak nak lagi pandang perempuan yang sanggup menipu aku.” Walaupun di hatinya tidak bermaksud demikian, namun kata-kata mamanya seolah mempengaruhinya. Mungkin dengan masalah yang dihadapi di pejabat yang turut menganggunya.
“Fa tak tipu. Memang Fa pernah operation masa kecik dulu.  Doktor ada cakap Fa ada harapan untuk mengandung. Memang Fa akui percentage untuk ke arah itu memang agak rendah. Tapi Fa tak mandul. Abang tolonglah jangan buat Fa macam ni. Fa tak tipu abang.”
“Hey perempuan, takkan mak sedara engkau nak menipu aku. Mereka bercakap benar. Melainkan keluarga kau saja yang sanggup menipu demi kepentingan sendiri. Kau nak bolot harta anak aku kan?. Kau ingat aku benarkan benda ni terjadi. Sorry ye. Ini DatinFarizah. Jangan haraplah kau nak bolot harta anak aku.” Angkuh sekali suara Datin Farizah.
“Abang!!! Please jangan buat Fa macam ni. Demi Allah bang, Fa tak tipu.”  Rayuku lagi.
“Farizah, dah la tu bukan Zulfa nak benda tu terjadi. Tak baik memecahbelahkan rumahtangga anak sendiri. Fa sudah, pergi naik atas biar papa uruskan mereka berdua ni.” Ujar bapa mertuaku. Nasib baik dia menyebelahiku.
“elok la tu awak nak dia jadi menantu kan, tapi saya tak nak. Biar dia berambus dari sini. Apa tunggu lagi cepat kemaskan pakaiana kau dan keluar dari sini.”  Marah datin Farizah.
Aariz hanya berdiam diri. Tidak ada perasaan nak membela ku. Pandang pun tidak. Aku cukup terasa. Dia memang dah tak sayang aku lagi. Sungguhpun sebelum ni tak pernah hilang ungkapan sayang dari mulutnya. Tapi kini, dia kelu.
“Sudah Zulfa, pergi naik atas, tak payah fikir benda ni.” Nasihat datuk Abdul Malik.
“Tak pe lah papa, biar Fa keluar ja dari sini. Semua orang dah tak nak tengok Fa lagi. Fa tahu papa saying Fa. Fa hargai sangat-sangat. Terima kasih papa.” Ungkap ku dengan tenang.
Aku naik ke atas dan kemas barang-barang aku. Nasib baik baru sebulan aku kahwin. So barang-barang milikku tidak banyak yang dibawa. Selepas mengemas aku terus melangkah ke bawah sambil mengheret beg. Dengan susah payah aku menurunkan begku sampai ke bawah.
“Papa minta maaf Fa, papa tak boleh nak pujuk mereka berdua. Papa juga tak mampu nak tahan Fa kat rumah ni. Kalau papa tak benarkan Fa keluar pun, pasti Fa akan terseksa. Pergilah nak, papa restui Fa. Dan ingat Fa, papa tetap sayang Fa sebagai menantu dan juga anak papa. Lagi satu, papa nak minta maaf bagi pihak isteri dan anak papa”. Aku terharu mendengar kata-kata papa. Aku hanya menggangguk sambil menyalam tangan papa.
“I’m sorry papa. Fa juga sayang papa.”
Seterusnya aku terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datin Farizah, namun salamku tidak disambut. Akhirnya aku terpaksa beransur dan terus melangkah perlahan ke arah suamiku. Wajah Aariz cukup mendung. Aku tahu dia tidak sanggup melihat pemergianku.
“ Abang Fa minta maaf banyak-banyak. Halalkan makan minum Fa selama Fa menjadi isteri abang selama ini. Terima kasih kerana membenarkan Fa menjadi isteri abang walaupun hanya untuk sebulan ni. Fa bahagia sangat-sangat.  Fa amat menghargai semua tu dan jasa abang itu tak mampu Fa balas. Hanya Allah SWT yang tahu. Izinkan Fa peluk dan cium abang buat kali terakhir.” Lantas aku salam dan memeluk serta mencium pipinya.
“Terima kasih. Fa pergi dulu. Assalamualaikum.” Lepas tu aku terus menuju ke keretaku dan memasukkan beg seterusnya menghidupkan enjin dan keluar tersu dari banglo mewah itu.