Tuesday, 19 May 2015

CABARAN KEHIDUPAN PERKAMPUNGAN GLOBAL DAN DUNIA TANPA SEMPADAN

CABARAN KEHIDUPAN PERKAMPUNGAN GLOBAL DAN DUNIA TANPA SEMPADAN TERUS MEMBERI IMPAK SECARA LANGSUNG TERHADAP KEHIDUPAN PELAJAR YANG MANA REALITINYA MALAYSIA SENDIRI TIDAK TERLEPAS DARIPADA MENGHADAPI KEMELUT SOSIAL YANG SEDANG MELANDA MASYARAKAT DUNIA. KEBANJIRAN AKSES HARI INI MENGAKIBATKAN LEDAKAN BUDAYA YANG SIGNIFIKAN. FENOMENA YANG BERLAKU INI TELAH MENCETUSKAN PERASAAN BIMBANG TERHADAP GENERASI PELAJAR PADA MASA KINI.

 
BAHAGIAN A

Jelaskan konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi berdasarkan penyataaan di atas
Merujuk kepada kenyataan yang dinyatakan, budaya boleh ditakrifkan sebagai cara hidup sesebuah masyarakat seperti pelakuan, kepercayaan, nilai-nilai murni, dan adat-adat masyarakat yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Konsep ledakan budaya akibat proses proses globalisasi dapat difahami dengan kematangan maklumat dalam kalangan masyarakat kita khususnya pelajar yang berlaku dengan cukup pantas tanpa sebarang permasalahan yang serius.  Hal ini dapat kita perhalusi dari aspek pro dan kontranya terutamanya terhadap generasi pelajar masa kini.
Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksud sebenar globalisasi.  Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud ‘seantero dunia’. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1986) telah mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.
Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat malah mampu mengubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan pelbagai elemen luar masuk tanpa kawalan. kehidupan perkampungan global seperti facebook, twitter dan instagram serta laman-laman sosial yang lain di internet merupakan salah satu faktor utama hadirnya kemelut sosial dalam kalangan pelajar masa kini. Hal ini kerana, kehadiran kemudahan yang serba canggih pada abad ini telah memudahkan mereka dalam mengakses sebarang laman sesawang yang mereka inginkan tanpa perlu pengawasan daripada mana-mana pihak.
Secara positifnya, dapat kita lihat bahawa perkara ini memberi impak positif bagi mereka-mereka yang sememangnya memanfaatkan jaringan internet untuk tujuan pencarian maklumat dan ilmu.  Sebaliknya, penggunaan internet yang tidak terkawal mampu memberi impak negatif yang cukup mendalam kepada kehidupan seseorang individu yang bergelar pelajar. Ini adalah cabaran masa kini. Banyak ilmu boleh didapati dalam Internet tetapi tidak semuanya betul, justeru kita harus berhati-hati
Jika ilmu-ilmu di dada tidak cukup, seseorang individu akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir lebih-lebih lagi dalam dunia teknologi yang semakin berkembang. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan global village dan borderless worldakan terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar dalam perkampungan global (global village) ini. Fenomena tersebut mempunyai pertalian yang signifikan antara kemajuan kehidupan manusia dengan kesan daripada ledakan perkembangan telekomunikasi yang membawa kepada penyelerakan maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan, komunikasi, penyelerakan pelbagai idea, budaya dan lain-lain.
Hal ini diakui telah memberi  kesan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran di negara kita Malaysia. Proses globalisasi dan ledakan maklumat ini sedikit sebanyak telah menganggu gugat sistem pendidikan kita di Malaysia. Antara contoh yang jelas ialah, tahap pengetahuan pelajar di bandar khususnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar di luar bandar. Hal  ini akan menjadikan pengajaran dan sistem pendidikan di negara kita ini tidak bersifat sekata dan ini sedikit sebanyak menyukarkan pendidikan secara saksama dan setaraf. Di samping itu, kemahiran seseorang guru itu juga akan tergugat dengan sendirinya sekiranya beliau tidak mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan komputer serta internet itu sendiri. Maka pengajaran yang berlaku sedikit sebanyak telah tergugat kerana tiada lagi minat dalam kalangan pelajar terutamanya mereka-mereka yang mahir dan cekap dalam penggunaan teknologi ini.
Namun begitu, setiap perubahan yang telah berlaku, tidak bermakna semua orang terpengaruh ke arah globalisasi budaya ini. Walau bagaimanapun, di Malaysia ia secara meluas telah dialu-alukan atau diterima oleh rakyat negara kita, seperti kebanyakannya masyarakat dalam kelas sosial yang tinggi dan generasi muda merupakan salah satu masyarakat yang paling senang dipengaruhi dan terdedah kepada kesan globalisasi ini.


Huraikan sejauh mana sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia relevan kepada generasi pelajar dalam era globalisasi yang semakin sengit dan mencabar.

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada pelajar, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.
Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman pelajar tanpa terbatas. Contohnya, pelajar berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet.
Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini. Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun.
Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti Sekolah Bestari yang mana tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. Manakala  Projek Sekolah Net di mana penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
Terdapat beberapa lagi projek seperti Projek Smart Lab yang menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. Dan juga Projek Sekolah Vista yang menggunakan perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.


BAHAGIAN B
Bincangkan isu dan cabaran pendidikan yang bakal anda hadapi dalam tempoh sedekad akan datang dengan mengambilkira kepelbagaian sosio budaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia. Kemukakan hujah anda berserta contoh yang sesuai.

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan. Abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas.
Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini telah mempengaruhi sistem komunikasi global. Jika satu ketika dahulu isu limpahan siaran melalui Direct Broadcasting Services, aliran berita antara negara yang tidak seimbang dan order baru maklumat dunia menjadi isu hangat dibincangkan dalam arena komunikasi, isu-isu ini kini tidak lagi begitu diperdebatkan. Sebaliknya isu-isu komunikasi tanpa sempadan, masyarakat bermaklumat dan masyarakat berpengetahuan menjadi isu-isu baru yang memenuhi ruang perbincangan di peringkat antarabangsa. Dunia abad ke 21 adalah satu dunia baru. Dunia sekarang ini bukan lagi terkenalkerana ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya. Kuasa besar ekonomi dunia dengan sistem kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global.
Dalam keghairahan dunia menikmati kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi, bidang pendidikan khususnya di negara kita terus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Sekiranya isu-isu dan cabaran ini tidak ditangani dengan baik dan betul, kemajuan yang dicapai bukan saja tidak akan mendatangkan sebarang faedah, bahkan akan menimbulkan berbagai-bagai isu kemanusiaan sejagat. Terdapat berbagai-bagai isu dan cabaran pendidikan di Malaysia yang timbul akibat kesan globalisasi dan transformasi sama ada isu dan cabaran ini wujud disebabkan oleh hasrat kerajaan itu sendiri ataupun kesan daripada kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi dunia.
Pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar.
Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama. Budaya sekolah juga mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah
Cabaran yang seterusnya wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.Masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.
Pembestarian sekolah diilhamkan apabila pemimpin-pemimpin kita melihat perkembangan ICT di seluruh dunia yang turut mempengaruhi Malaysia. Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Cabaran utama proses Pembestarian Sekolah ini ialah melatih guru dan pelajar agar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.
Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan yang menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi. Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.
Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan. Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang.
Satu lagi isu dan cabaran pendidikan abad ke-21 iaitu kesan daripada ledakan globalisasi dunia serta pendedahan ICT, khususnya internet kepada para pelajar sama ada di sekolah, rumah atau di siber-siber telah meletakkan pelajar ke dalam dunia tanpa sekatan. Era penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh menjadi topik perbualan yang sering diperkatakan. Belum sempat kita merealisasikan impian melahirkan generasi yang mampu mencerna dan mengisi keperluan cabaran negara, sebahagian besar remaja kita telah jelas kelihatan tenggelam dalam arus perkembangan era teknologi ini. Pembabitan bilangan remaja dalam gejala sosial turut meningkat secara mendadak. Revolusi sektor pendidikan negara kini bukan sahaja tidak berupaya menemui satu jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah gejala sosial remaja. Kita berhendakkan kemajuan yang diasaskan kepada budaya Malaysia jati dan bukannya sebuah negara maju yang mengalami keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remajanya.


Tuliskan refleksi dengan memberi saranan tentang budaya sesebuah sekolah yang menepati konteks kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia yang dimaksudkan di B (i)

Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan globalisasi, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian kita semakin akur mengatakan bahawa globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya jelas membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan perhatikan bahawa hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.
Budaya sekolah ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri. Kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah. Daripada yang kita ketahui, setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri yang membentuk sistem yang tersendiri. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dalam membentuk budaya sekolah. Antara faktor-faktornya ialah nilai dan misi, struktur organisasi, komunikasi yang berkesan, persekitaran kerja, pemilihan dan pengambilan pekerja, perancangan kurikulum, belanjawan dan pengurusan sumber, sistem nasihat dan disiplin dan komuniti.
Pelajar adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan pelajar dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya pelajar supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Pelajar harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Pelajar harus berinteraksi tanpa mengira kelas social dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain. Setiap pelajar mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa pelajar. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri pelajar dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentukmasyarakat yang toleran memacu pembangunan Negara.  
Pelajar perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap memberi penghargaan apabila pelajar mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Pelajar biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Pelajar perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama rakan dan guru.
Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduandalam kalangan pelajar tanpa mengira kaum. Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.
Para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian budaya dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan pelajar. Disamping itu guru berperanan memperkembangkan bakat pelajar tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini membolehkan pelajar dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar ke arah pencapaian prestasi budaya cemerlang. Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi.Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan pelajar tanpa prejudis.
Budaya sekolah merupakan elemen yang penting dalam sesebuah sekolah dan dipengaruhi oleh nilai dan kepercayaan yang menjadi asas dam visi sekolah. Selain itu, struktur dan sistem sekolah membolehkan sekolah memilih cara bagaimana ia menjalankan aktiviti visi. Visi sekolah terdapat dalam pernyataan dasar sekolah yang timbul daripada nilai dan kepercayaan sekolah. Visi dan misi sangat penting di dalam sesebuah sekolah, ini merupakan matlamat sekolah dan hala tuju sekolah sesebuah sekolah. Visi dan misi mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam membentuk wawasan sekolah dan merupakan pemangkin setiap warga sekolah untuk mencapainya. Oleh itu, nilai dan visi merupakan pengaruh yang penting dalam membentuk budaya sekolah dan  tanggungjawab warga sekolah untuk mencapainya. Ini adalah kerana nilai dan visi adalah cermin sesebuah sekolah tersebut.



RUJUKAN
1.    http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/2009/malay/Book10/Bab12.pdf, GLOBALISASI DAN HUBUNGAN ETNIK, MUHAMMED FAUZI BIN OTHMAN, MOHD. KOHARUDDIN BALWI & MOHD AZHAR ABDUL HAMID
3.    Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
4.    Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001,Putrajaya. Iliyas Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah:Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.



Sunday, 26 April 2015

Lala Goreng Cili

 Menu dinner malam tadi



Malam tadi konon nak beli ja makanan kat pasar malam...sbb letih sehari suntuk mengemas rumah..tapi bila jumpa benda ni (lala) kat pasar  malam terus beli 2 kg...me & my hubby favorite. ni..slalu memang masak goreng cili ja...last2 cuma beli ayam goreng ja untuk anak2  untuk makan dengan nasi hehe

Resepi ringkas sy;


Bahan untuk blend

10 -15 cili besar
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
1/2 inci halia

Mudah ja nak masak...tumis semua bahan bend tadi...sehing pecah minyak n garing..masukkan garam sedikit..sos cili skit,...then masukkan lala yang sudah dibersihkan..masak sehingga kulitnya terbuka..jangan masak terlau lama..nanti hilang manisnya...

lepas tu siap..boleh hidang...rasanya..memang yummy ...

Review Novel Saat Hadirnya Cinta Dia Karya Zura Asyfar

Novel ni merupakan novel kedua penulis...jalan cerita agak santai sedikit jika nak dibandingkan karya beliau yang pertama..tapi saya suka...maraton x sampai 8 jam habis baca heheh..suka dengan sifat selamber Raze...suka Ara tp x nak tunjuk dia suka..suka buli Ara..konflik pun  berat sangat.

Raze seorang yang sangat caring dan romantik...Ara yang keras kepala, sombong and ego...tp Raze tetap suka, sayang n cinta dekat Ara.

Hubungan mereka jadi rapat apabila Ara terserempak dengan Aniq adiknya.. bertitik tolak dari sini lah  menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. RAzze sangat cintakan Ara, tp Ara ingatkan ia cuma lakonan Razze untuk mengaburi mata keluarganya...

Untuk rating nove ni...i bagi 3.5 ***


Wednesday, 22 April 2015

Roti daging

My kids' favorite....yummy!!




Ready to eat
Nyummmm...nyummm


ROTI BERINTI DAGING

Bahan-Bahan
1 labu bawang besar
4 biji bawang putih
1 pack kecil daging kisar (me guna sebungkus daging burger cap ramli)
Minyak utk menumis
1 sudu cili kisar
Sos Cili  & tomato
10 keping roti putih
Sedikit mentega (utk sapuan pada Loyang)
3 biji telur sederhana
200ml susu segar
6-12 keping cheese cedar (ikut suka)
Cara-caranya
Untuk inti daging
Panaskan minyak, tumis bwg putih & bwg besar, cilli kisar dan daging sehingga daging empuk Kemudian masukkan sos kemudian masukkan air sedikit (agak2) masak sehingga kering.
Selesai tutup api dan angkat
Untuk Roti lapis
Sapukan keseluruh bekas/Loyang dgn mentega/butter
Bancuh kan 3 biji telur & Susu segar sehingga sebati
Celup kan roti kedalam bancuhan telur & susu tadi dan susun kedalam bekas/Loyang. Buat sehingga penuh di lapisan pertama.
Tuang kan separuh inti di atas roti tadi & ratakan.
Kemudian susun kan slice cheese keatas daging itu.
Tutup lapisan cheese dgn lapisan roti yang di celup susu& telur sekali lagi. Ulang langkah di atas.

Inilah rupa sebelum dibakar
Last sekali tabor kan lebihan cheese. Jika campuran susu & telur ada lagi tuang kan ke dalam Loyang.
Bakar di dalam oven suhu 180c lebih kurang 40 minit (sehingga masak) sedap di makan panas-panas.