CABARAN KEHIDUPAN
PERKAMPUNGAN GLOBAL DAN DUNIA TANPA SEMPADAN TERUS MEMBERI IMPAK SECARA
LANGSUNG TERHADAP KEHIDUPAN PELAJAR YANG MANA REALITINYA MALAYSIA SENDIRI TIDAK
TERLEPAS DARIPADA MENGHADAPI KEMELUT SOSIAL YANG SEDANG MELANDA MASYARAKAT
DUNIA. KEBANJIRAN AKSES HARI INI MENGAKIBATKAN LEDAKAN BUDAYA YANG SIGNIFIKAN.
FENOMENA YANG BERLAKU INI TELAH MENCETUSKAN PERASAAN BIMBANG TERHADAP GENERASI
PELAJAR PADA MASA KINI.
BAHAGIAN A
Jelaskan konsep ledakan
budaya akibat proses globalisasi berdasarkan penyataaan di atas
Merujuk
kepada kenyataan yang dinyatakan, budaya boleh ditakrifkan sebagai cara hidup
sesebuah masyarakat seperti pelakuan, kepercayaan, nilai-nilai murni, dan
adat-adat masyarakat yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Konsep
ledakan budaya akibat proses proses globalisasi dapat difahami dengan
kematangan maklumat dalam kalangan masyarakat kita khususnya pelajar yang
berlaku dengan cukup pantas tanpa sebarang permasalahan yang serius. Hal ini dapat kita perhalusi dari aspek pro
dan kontranya terutamanya terhadap generasi pelajar masa kini.
Era
globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk
menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya
saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita
menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami
maksud sebenar globalisasi. Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa
Inggeris iaitu globalization juga perkataan globalisasi diungkap menerusi
Bahasa Perancis iaitu perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud
‘seantero dunia’. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1986) telah
mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada
keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena
yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Dalam era globalisasi ini, dunia
semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas
saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia
tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia
itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama
kepada agenda globalisasi ini.
Perubahan
dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat malah mampu
mengubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan pelbagai elemen luar masuk
tanpa kawalan. kehidupan perkampungan global seperti
facebook, twitter dan instagram serta laman-laman sosial yang lain
di internet merupakan salah satu faktor utama hadirnya kemelut sosial dalam
kalangan pelajar masa kini. Hal ini kerana, kehadiran kemudahan yang serba
canggih pada abad ini telah memudahkan mereka dalam mengakses sebarang laman
sesawang yang mereka inginkan tanpa perlu pengawasan daripada mana-mana pihak.
Secara
positifnya, dapat kita lihat bahawa perkara ini memberi impak positif bagi
mereka-mereka yang sememangnya memanfaatkan jaringan internet untuk tujuan
pencarian maklumat dan ilmu. Sebaliknya,
penggunaan internet yang tidak terkawal mampu memberi impak negatif yang cukup
mendalam kepada kehidupan seseorang individu yang bergelar pelajar. Ini
adalah cabaran masa kini. Banyak ilmu boleh didapati dalam Internet tetapi
tidak semuanya betul, justeru kita harus berhati-hati
Jika
ilmu-ilmu di dada tidak cukup, seseorang individu akan mudah terpengaruh dengan
anasir-anasir lebih-lebih lagi dalam dunia teknologi yang semakin berkembang. Globalisasi
merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa
dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses
ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit
sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang
disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,
media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan
perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan
sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Dalam
erti kata lain, cabaran kehidupan global village dan borderless worldakan
terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar dalam
perkampungan global (global village) ini. Fenomena tersebut mempunyai
pertalian yang signifikan antara kemajuan kehidupan manusia dengan kesan
daripada ledakan perkembangan telekomunikasi yang membawa kepada penyelerakan
maklumat secara terbuka melalui dunia hiburan, komunikasi, penyelerakan pelbagai
idea, budaya dan lain-lain.
Hal
ini diakui telah memberi kesan terhadap
sistem pengajaran dan pembelajaran di negara kita Malaysia. Proses globalisasi
dan ledakan maklumat ini sedikit sebanyak telah menganggu gugat sistem
pendidikan kita di Malaysia. Antara contoh yang jelas ialah, tahap pengetahuan pelajar
di bandar khususnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar di luar
bandar. Hal ini akan menjadikan
pengajaran dan sistem pendidikan di negara kita ini tidak bersifat sekata dan
ini sedikit sebanyak menyukarkan pendidikan secara saksama dan setaraf. Di
samping itu, kemahiran seseorang guru itu juga akan tergugat dengan sendirinya
sekiranya beliau tidak mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
seperti penggunaan komputer serta internet itu sendiri. Maka pengajaran yang
berlaku sedikit sebanyak telah tergugat kerana tiada lagi minat dalam kalangan
pelajar terutamanya mereka-mereka yang mahir dan cekap dalam penggunaan
teknologi ini.
Namun begitu, setiap perubahan yang telah berlaku, tidak bermakna
semua orang terpengaruh ke arah globalisasi budaya ini. Walau bagaimanapun, di
Malaysia ia secara meluas telah dialu-alukan atau diterima oleh rakyat negara
kita, seperti kebanyakannya masyarakat dalam kelas sosial yang tinggi dan
generasi muda merupakan salah satu masyarakat yang paling senang dipengaruhi
dan terdedah kepada kesan globalisasi ini.
Huraikan sejauh mana sistem
pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia relevan kepada generasi pelajar dalam
era globalisasi yang semakin sengit dan mencabar.
Dengan
globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang
seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan
menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya.
Menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global.
Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya
kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau
modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan
perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada pelajar,
guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.
Dengan
globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang
mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya,
dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman pelajar
tanpa terbatas. Contohnya, pelajar berpeluang melihat keadaan gunung berapi,
keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video
pendidikan di internet.
Dalam
membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era
globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara
membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal
dan tidak formal. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan
kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan
peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan yang tinggi dalam berhadapan
dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini. Satu perancangan yang lebih
baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana ianya
mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain.
Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun
dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap
keadaan ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya
dari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun.
Selain
itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai
kesan daripada arus globalisasi. Globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan
paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari
makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini
bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti Sekolah Bestari yang
mana tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan
menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. Manakala Projek Sekolah
Net di mana penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network
(LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan
pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini
memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan
keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
Terdapat
beberapa lagi projek seperti Projek Smart Lab yang menggunakan jaringan
komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai
sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. Dan juga
Projek Sekolah Vista yang menggunakan perisian aplikasi bagi pengurusan bilik
darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan
bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi
secara elektronik dengan rakan dan guru. Perkembangan dari segi penggunaan
teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi
nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk
menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran
global setelah mereka melepasi alam persekolahan.
BAHAGIAN B
Bincangkan isu dan cabaran
pendidikan yang bakal anda hadapi dalam tempoh sedekad akan datang dengan
mengambilkira kepelbagaian sosio budaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia.
Kemukakan hujah anda berserta contoh yang sesuai.
Dunia
sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan
dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur
perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi
jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita
tersalah membuat pilihan dan keputusan. Abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era
Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor
jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam ‘open
sky technology’ membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti
yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan
dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas.
Perkembangan yang pesat
dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini telah mempengaruhi sistem
komunikasi global. Jika satu ketika dahulu isu limpahan siaran melalui Direct Broadcasting Services, aliran
berita antara negara yang tidak seimbang dan order baru maklumat dunia menjadi
isu hangat dibincangkan dalam arena komunikasi, isu-isu ini kini tidak lagi
begitu diperdebatkan. Sebaliknya isu-isu komunikasi tanpa sempadan, masyarakat
bermaklumat dan masyarakat berpengetahuan menjadi isu-isu baru yang memenuhi
ruang perbincangan di peringkat antarabangsa. Dunia abad ke 21 adalah satu
dunia baru. Dunia sekarang ini bukan lagi terkenalkerana ideologi politiknya
tetapi kepada kuasa ekonominya. Kuasa besar ekonomi dunia dengan sistem
kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global.
Dalam keghairahan dunia menikmati kemajuan
Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi, bidang pendidikan khususnya di negara
kita terus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan
rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Sekiranya isu-isu dan cabaran ini tidak
ditangani dengan baik dan betul, kemajuan yang dicapai bukan saja tidak akan
mendatangkan sebarang faedah, bahkan akan menimbulkan berbagai-bagai isu
kemanusiaan sejagat. Terdapat berbagai-bagai isu dan cabaran pendidikan di
Malaysia yang timbul akibat kesan globalisasi dan transformasi sama ada isu dan
cabaran ini wujud disebabkan oleh hasrat kerajaan itu sendiri ataupun kesan
daripada kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi dunia.
Pengurusan
pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global
terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Proses
globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada
perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah
negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di
pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah
menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara
akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan
anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan
negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya
sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak
tersendiri dalam pembentukan moral pelajar.
Guru
perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang,
penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu
diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa
watak orang yang taat kepada amalan agama. Budaya sekolah juga mempraktikkan
sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong
bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah
elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek
tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara
bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah
Cabaran
yang seterusnya wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan
profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah
pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme
keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan
profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari
segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan
kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat,
meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global
membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah
dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru
dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme
dan sebagainya.Masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan
pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit
yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan
perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan
komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada
aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang
pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan itu sendiri.
Pembestarian
sekolah diilhamkan apabila pemimpin-pemimpin kita melihat perkembangan ICT di
seluruh dunia yang turut mempengaruhi Malaysia. Pembestarian sekolah merupakan
proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan
dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran
(P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.
Cabaran utama proses Pembestarian Sekolah ini ialah melatih guru dan pelajar
agar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat
melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed),
terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai
aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak
semasa.
Pewujudan Sekolah Bestari merupakan
satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia
memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan
bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini.
Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan yang menggabungkan
serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan
pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan
teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta
pengurusan sekolah yang efektif.
Persaingan untuk
memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran
tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di
negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang
penting dalam era globalisasi. Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai
intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga
pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini
bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat
kea rah perubahan dan kemajuan.
Krisis pendidikan
global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana
pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan
persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya
menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan. Dengan
globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian
tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk
mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung,
pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran
dan pakar dalam sesuatu bidang.
Satu lagi isu dan cabaran pendidikan
abad ke-21 iaitu kesan daripada ledakan globalisasi dunia serta pendedahan ICT,
khususnya internet kepada para pelajar sama ada di sekolah, rumah atau di
siber-siber telah meletakkan pelajar ke dalam dunia tanpa sekatan. Era
penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh menjadi topik perbualan yang
sering diperkatakan. Belum sempat kita merealisasikan impian melahirkan
generasi yang mampu mencerna dan mengisi keperluan cabaran negara, sebahagian
besar remaja kita telah jelas kelihatan tenggelam dalam arus perkembangan era
teknologi ini. Pembabitan bilangan remaja dalam gejala sosial turut meningkat
secara mendadak. Revolusi sektor pendidikan negara kini bukan sahaja tidak
berupaya menemui satu jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah gejala sosial
remaja. Kita berhendakkan kemajuan yang diasaskan kepada budaya Malaysia jati
dan bukannya sebuah negara maju yang mengalami keruntuhan akhlak dan moral di
kalangan remajanya.
Tuliskan refleksi dengan memberi
saranan tentang budaya sesebuah sekolah yang menepati konteks kepelbagaian
sosio-budaya di Malaysia yang dimaksudkan di B (i)
Globalisasi
merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara
satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan
kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Kita
sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses penyeragaman
yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan
globalisasi, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu
ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian kita semakin akur mengatakan bahawa
globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya jelas
membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan perhatikan bahawa
hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang
sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang
diseragamkan di seluruh dunia.
Budaya sekolah ialah sistem sosial yang mempunyai
budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial,
kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk
membentuk organisasi tersendiri. Kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor
penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru,
reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu
sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia
mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru,
dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan
unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah. Daripada yang
kita ketahui, setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri yang membentuk
sistem yang tersendiri. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dalam
membentuk budaya sekolah. Antara faktor-faktornya ialah nilai dan misi,
struktur organisasi, komunikasi yang berkesan, persekitaran kerja, pemilihan
dan pengambilan pekerja, perancangan kurikulum, belanjawan dan pengurusan
sumber, sistem nasihat dan disiplin dan komuniti.
Pelajar
adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, Mereka akan bersama
setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik
darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan
terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan
antara individu atau kumpulan pelajar dengan yang lain. Faktor ini mendesak
guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik
darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan
budaya pelajar supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang
betul dan tepat.
Pelajar
harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Pelajar harus
berinteraksi tanpa mengira kelas social dan perlu membuang sikap prejudis
terhadap bangsa lain. Setiap pelajar mempunyai kepercayaan dan amalan agama
yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya
menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa pelajar. Proses
sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri pelajar dapat dilaksanakan. Secara langsung
semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya
berupaya membentukmasyarakat yang toleran memacu pembangunan Negara.
Pelajar
perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu menggunakan
komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap
memberi penghargaan apabila pelajar mempamerkan sesuatu yang lebih
baik daripada sebelumnya. Pelajar biasanya suka akan budaya belajar yang
ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental,
kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Pelajar perlu membentuk budaya bilik
darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang
mesra sesama rakan dan guru.
Kepelbagaian
sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa
seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran
telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui
aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP)
adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk
perpaduandalam kalangan pelajar tanpa mengira kaum. Pada masa kini terdapat
pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat
sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat
SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah
Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah rendah, terdapat tiga
jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah
Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina manakala SJKT
menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.
Para
pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian budaya dalam masyarakat di negara
kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi
sosial yang baik dalam kalangan pelajar. Disamping itu guru berperanan
memperkembangkan bakat pelajar tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum.
Ini membolehkan pelajar dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya
belajar ke arah pencapaian prestasi budaya cemerlang. Konsep kebudayaan dalam
sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan
dari generasi ke generasi.Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah
dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut
kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan pelajar
tanpa prejudis.
Budaya sekolah merupakan elemen yang penting
dalam sesebuah sekolah dan dipengaruhi oleh nilai dan kepercayaan yang menjadi
asas dam visi sekolah. Selain itu, struktur dan sistem sekolah membolehkan
sekolah memilih cara bagaimana ia menjalankan aktiviti visi. Visi sekolah
terdapat dalam pernyataan dasar sekolah yang timbul daripada nilai dan
kepercayaan sekolah. Visi dan misi sangat penting di dalam sesebuah sekolah,
ini merupakan matlamat sekolah dan hala tuju sekolah sesebuah sekolah. Visi dan
misi mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam membentuk wawasan sekolah dan
merupakan pemangkin setiap warga sekolah untuk mencapainya. Oleh itu, nilai dan
visi merupakan pengaruh yang penting dalam membentuk budaya sekolah dan
tanggungjawab warga sekolah untuk mencapainya. Ini adalah kerana nilai dan visi
adalah cermin sesebuah sekolah tersebut.
RUJUKAN
1. http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/2009/malay/Book10/Bab12.pdf,
GLOBALISASI DAN HUBUNGAN ETNIK, MUHAMMED FAUZI BIN OTHMAN, MOHD. KOHARUDDIN
BALWI & MOHD AZHAR ABDUL HAMID
3. Wan
Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda pengisian.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
4. Pembangunan Pendidikan
2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia,
2001,Putrajaya. Iliyas Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam
Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan.
Universiti Malaysia Sabah:Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.